PAS...PIS...PUSsssss...

Monday, November 15, 2010

MB Tak Layan Soalan Wartawan TV3 Dan RTM Isu Banjir.


Inilah kenyataan yang harus di terima oleh rakyat Kedah dengan perangai MB mereka. Tidak sepatutnya beliau bersikap demikian. Marah dan membebel tidak tentu pasal dan terus keluar dari sidang media tanpa memberi sebarang jawapan tentang banjir di Kedah.




Apa yang pasti, Ustaz Azizan cuba menunding jari dan wawancara Warta Darul Aman bersama MB yang dibuat banyak menyentuh:
  1. Kerajaan Kedah tidak gagal di dalam mengatasi masalah banjir.
  2. Mengapa kelam kabut di peringkat awal?
  3. Semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri bertungkus lumus, Muhyidin nak tuduh kita berlepas tangan?
  4. Kalau mahu maklumat datang Bilik Gerakan Banjir Negeri, bukan kutip dari Umno tepi jalan.
  5. Kerajaan tempatan perlu kaji semula kelulusan Double Tracking Gamuda.
  6. Pegawai Kerajaan Negeri ‘boikot’ lawatan TPM.
Jawapan politik sebegini rakyat telah muak mendengarnya.

Hakikatnya banjir di Kedah sepatutnya tidak berlaku seteruk ini. Masalah penempatan, perhubungan terputus, cara menangani dan membentuk jawatankuasa tindakan banjir adalah lambat.

Pihak JPS dan MADA telah memaklumkan kepada kerajaan negeri 6 jam awal berkenaan kenaikan air sungai naik mendadak. Menurut lapuran, tahap hujan yang turun selama dua hari di Kedah meyamai satu tahun hujan yang turun. Paras air sungai di Kuala Nerang berada pada paras bahaya 3 meter mencecah 8 meter. Amaran telah diberi tetapi kerajaan negeri buat acuh tak acuh sahaja.

Hujan bermula di Padang Terap, melimpah di Padang Terap dan mengalir ke Daerah Pokok Sena, ke Dehrang dari situ turun ke Wang Tepus, Changlon, Jitra, ke Sungai Tajar dan terus ke Sungai Haji Deris. Air memenuhi kawasan rendah di Jitra dan mengalir ke kawasan sebelah barat memenuhi Kubang Pasu, Pulau Kerengga, Pulau Timbul dan kawasan Tunjang, Megat Dewa dan kawasan sekitar Gunung. Masalah perjalanan air diganggu oleh landasan keretapi double tracking kurang pasti pula seperti apa yang diperkatakan oleh kerajaan negeri. 

Landasan keretapi yang sedang dibina sepatutnya ada saluran yang lebih besar. Tapi saluran itu bilangan sikit dan kecil. Maka air lambat keluar memakan masa. Itulah sebabnya berlaku banjir di tempat-tempat yang tak pernah banjir rumah saya telah tenggelam kali ini. Sepatutnya MB dapat membuat penjelasan, bukannya mencari kesalahan. Projek landasan keretapi double tracking adalah projek jangkamasa panjang demi kemudahan rakyat. Yang penting adalah pemantauan. 

Ataupun kerana semenjak 1985 air tidak pernah naik ke dalam rumah beliau sedalam empat kaki membuatkan MB mengamok...

No comments:

Post a Comment

Mari Mengaji...

Listen to Quran