PAS...PIS...PUSsssss...

Friday, November 19, 2010

Qorban.

Sempena Hari Raya korban 1431H, Pak Sedaro terpancut untuk menulis tentang tragedi korban di Wilayah Melayu 2010.
  1. UMNO setiap masa berkorban untuk dikorban dan terkorban.
  2. PAS sejak ditubuh menjadi media korban oleh politikus murahan dan sosialis siasah.
  3. DAP memang WAJIB dikorbankan sejak 1969.
  4. PKR sedang di ambang korban kubra kerana Anwar Ibrahim hakikatnya sudah lama terkorban sejak 1997 lagi.
  5. MIC makin banyak berkorban kononnya untuk kesantunan pengorbanan kaum berketurunan Keling.
  6. MCA dilihat sedang dikorbankan oleh pendokong kaum berketurunan Cina kerana sudah menempah korban sughra apabila Chua Soi Lek menjadi Presiden MCA.
  7. PPP dan lainnya tak bawa apa-apa korban, kerana parti-parti di bawah BN sudah terkorban sejak 2004 lagi.
  8. Najib kena korbankan Hishamuddin untuk beri kekuatan sebenar kepada KDN.
  9. Najib kena korban masa untuk bermujadalah dan bermuhasabah dengan Rosmah, kerana Rosmah sudah mula kembali dalam urusan "pusing-pusing" Kak Rosmah Kayo.
  10. Najib kena pakat dengan Muhyiddin agar UMNO tidak terkorban di medan 2013.
  11. Najib sudah tiba masa untuk rancang Gerak Saraf Perang Saraf dengan kumpulan radikalis paling hadapan, yang boleh melatih paling tidak 10,000 orang perajurit GSPS di seluruh Tanah Wilayah Melayu.
  12. Najib harus mengintai Agensi paling digeruni oleh CIA untuk mencari pasukan kerja yang melapor terus kepadanya, melalui Shahlan Ismail.
  13. Najib mesti memulakan gerakan Ops Wayang 13, kerana budak Cina di Muar yang biadab merupakan bagasi politik kepada Negara dan keamanan kedaulatan Malaysia. Cawangan Khas kena buat tindakan segera kerana budak ini merupakan bahan lelucon menjelang 2013.
  14. Semua IPTA di peringkat matrikulasi kena diasuh dengan elemen 1511 Wilayah Melayu, menurut kitab percikan minda Tun Ghazalie Shafie dan Pendeta Za'ba.
  15. Hindraf makin bongkak, 25 November direncana dakyah kebobrokan mereka. Team Hulu Kinta sila pantau segera, gerigi besi Universiti Kemunting masih banyak kerusi kosong.
  16. Kelompok Min Yuen sedang merangka strategi MAUT untuk kuasai dunia RM dan senjata di Bumi Melayu, melalui RELA di Kampung-kampung baru Briggs. Banyak pulak tugu dan kubur peringatan yang rancak tumbuh di pusara dan jirat berbayar di merata tanahair.
  17. PAS mesti mula bersatu dengan UMNO. Jangan dengar cakap Nik Aziz yang terbukti nanyuk dan mabuk kepayang dek ciuman bau mekap mayat bini Lee Kwan Yew.
  18. Hanya UMNO+PAS sahaja, maka bumi ini terjamin kedaulatan dan ketamadunan bangsa yang bermaruah dan merdeka. Inilah simbiosis 11 Mei 1946.
  19. Khalid gagap makin mengarut dan mencarut, makin riang dalam kandang tahi dan lumpur ketamakan serta kerakusan Parti Kencing Rakyat. Khalid Ibrahim dulu bendahari UMNO, lembu upahan dan budak tusukan Anwar Ibrahim yang sudah lupa asal usulnya. Guna bahasa pengganti "beliau" kepada Sultan Selangor dalam temuramah media...sewajibnya digelar BAGINDA Sultan Selangor. Amat biadab lakunya Khalid Gagap yang korup dan bengap.
  20. Selangor di ambang kehancuran. Keling di PKR angkat sepanduk, di bayar maka diamlah mereka. Yang paling penting ialah mahkamah kena pantas isu pengadilan Anwar menjuburi Saiful. Mengikut rekod, sesungguhnya Anwar ibrahim memang kaya selera seks. Depan = Belakang, sudah keliru. Inilah pengaruh Titans Anwar Ibrahim yang di ajar dari kitab sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja.
Sumber dari: Maneh Miang.

Thursday, November 18, 2010

PAS Kata Haram Menyokong BN.

Haish....! Senang-senang je nak haramkan.....? Ikhlas ke tidak beri bantuan selama ini.....?

Kenyataan tersebut telah dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang.

Dan lagi, katanya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.

Macamana boleh cakap Barisan Alternatif ini adil.....? Menurutnya lagi, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Berikut di bawah adalah petikan kenyataan tersebut:

“Bantuan yang diberikan kepada rakyat pada hari ini datangnya daripada sebuah kerajaan yang adil. Jika bantuan diberikan, maka adalah wajar rakyat menyokong kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya umum nanti. “Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO.

Antara yang hadir semasa majlis tersebut adalah Menteri Besar Selangor sendiri iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Yang kami persoalkan di sini, kenyataan tersebut seolah-olah mengugut. Kalau benar berpaksikan Islam sebenar, ianya sepatut menjadi pemberian yang ikhlas.

Tidak perlulah sampai keluar macamtu. Dulu pernah isu pasal kafirkan UMNO sebab bersekongkol dengan Parti MIC dan MCA. Ni PAS bersekongkol dengan DAP, taraf apa pulak.....? Tahalluf Siyasi.....? Tak kafir pulak.....? Dengan terang-terang DAP menolak penubuhan Negara Islam?

Kami sememangnya langsung tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Kenapa lah politik sekarang selalu menggunakan agama untuk kepentingan sendiri.....? Kalau benar ingin mengeakkan syiar Islam, kami 100% menyokong. Tapi kalau dah sampai berulang-kali keluar kenyataan macam ini, rasa-rasanya, anda juga boleh berfikir apakah benar PAS ikhlas dalam memberikan sumbangan.....?

Kalau UMNO bagi bantuan, ianya dikatakan rasuah. Kalau bagi bantuan, mereka kata sedekah. Kami harap tolonglah, jangan dipolitikkan agama. Kalau nak bagi bantuan, bagi secara ikhlas. Tak perlu nak ugut sedemikian rupa.

Wednesday, November 17, 2010

Bekas isteri yakin ADUN Melor miliki harta lebih RM3 juta...?


Apa dah jadi kat ADUN PAS sekarang? Sebelum ini mereka kata ADUN UMNO yang tak bermoral, masuk politik sebab nak kumpul harta, kaki arak, kaki perempuan… Tetapi bila kena batang hidung sendiri, rupa-rupanya inilah cara berhemah PAS dalam nak membimbing masyarakat kepada cara Islam melalui berpolitik.

TheMalaysianInsider mendedahkan ADUN Melor memiliki harta lebih RM3 Juta. Isteri kedua yang dinikahi dulu diceraikan kemudian membuat tuntutan mutaah terhadapnya. Rujuk Bekas isteri DUN Galas tuntut RM3 Juta (klik sini).

Dalam pengakuan bekas isterinya yang berketurunan kemboja itu bagitau yang ADUN Melor ini memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya… Hanya dokumen saja tak ditunjukkan.

Tidak apalah, kalau ada puak PAS yang nak bela ADUN Melor ni terpulanglah. Cuma kita harap kalau ADUN Melor ini menafikan sementara isteri mualafnya berkata benar, kita tahulah apa sifat-sifat pemimpin PAS sekarang. Bukankah orang-orang PAS selalu berkata benar terutama ketika buat takzirah politik menjelang pilihanraya...

Fikir-fikirlah, kalau ada yang kata PAS tak sama dengan UMNO daripada segi hukum Islam memang mereka lagi alim pada zahirnya, tetapi hakikatnya mereka pun ada sifat-sifat yang mereka sendiri laknatkan...

PKR - Demokratik atau tidak...?


Bersihkan dan lakukan pembasmian perkataan ANTI dalam parti. Nyah mereka yang membangkang dalam parti, hapuskan mereka yang tidak menyokong, ingkar dan tidak mahu sehaluan. Semua harus menyokong, harus setia dan harus mengikuti arus yang ada. Semua tidak boleh menongkah arus – barulah boleh kita lawan untuk demokrasi...? Aduh, macam pincang kenyataan di atas bukan...?
Kita tidak amalkan demokrasi dalaman, kita amalkan kronisme dan akhirnya kita menyebut usaha kita mahu menyuburkan demokrasi. Adakah cara itu betul...? Adakah tidak sepatutnya kita mengamalkan demokrasi kemudian baru kita perluas dan kita suburkannya.
PKR – dikatakan cuba mengamalkan demokrasi yang lebih luas. Kalau UMNO dikatakan demokrasi terpimpin, PKR pula mahu menunjukkan kemelesetan demokrasi UMNO dengan menjayakan demokrasi ala PKR. Akhirnya nampak tunggang langgang. Namun di sebalik itu mahu juga kita bertanya – apa yang tidak demokratik dalam PKR...? Adakah sistem pemilihan mereka salah, pincang dan penuh penipuan. Siapa yang kata – begitu...? Mereka yang kalah, mereka yang tidak dapat tempat dan mereka yang cemburu. Bukan begitu! Yang menang akan kata itu adil dan yang kalah akan kata itu tidak adil. Sama juga – yang memerintah akan mengatakan mereka adil dalam melakukan yang sebaiknya dan yang membangkang akan mengatakan itu semua tidak adil dan zalim. Pi mai pi mai dok tang tu ...kerana kita sentiasa mudah terpesong dengan lagu-lagu ceramah dan janji manis mereka yang melobi untuk kemenangan sedangkan yang ada di depan mata tidak pernah menderhaka kepada kehidupan seharian kita.
Kita perlu sedar bahawa – meruntuhkan yang sedia ada dengan harapan untuk mengadakan yang lebih disangka baik akan merugikan kita. Kita kena ukur risiko berbuat begitu. Kita takut keruntuhan sistem ini akan merosakkan lagi keadaan negara kita. Tidak salah kita perbaiki, kita usaha pembaharuan tetapi untuk meruntuhkan dan menghancurkan – satu tindakan yang akan hanya menjemput kekecohan. Kita perlu melihat implikasi kacau bilau.
Apa pun, kemungkinan apa yang berlaku pada PKR perlu diteliti. Mungkin mereka akan lebih kukuh dari sekarang – kerana mereka yang menongkah arus sudah tiada – tetapi apa pula hakikat demokrasi yang diperjuangkan...? Apa yang salah dan apa yang benar...?
UMNO Reform.

Monday, November 15, 2010

MB Tak Layan Soalan Wartawan TV3 Dan RTM Isu Banjir.


Inilah kenyataan yang harus di terima oleh rakyat Kedah dengan perangai MB mereka. Tidak sepatutnya beliau bersikap demikian. Marah dan membebel tidak tentu pasal dan terus keluar dari sidang media tanpa memberi sebarang jawapan tentang banjir di Kedah.




Apa yang pasti, Ustaz Azizan cuba menunding jari dan wawancara Warta Darul Aman bersama MB yang dibuat banyak menyentuh:
  1. Kerajaan Kedah tidak gagal di dalam mengatasi masalah banjir.
  2. Mengapa kelam kabut di peringkat awal?
  3. Semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri bertungkus lumus, Muhyidin nak tuduh kita berlepas tangan?
  4. Kalau mahu maklumat datang Bilik Gerakan Banjir Negeri, bukan kutip dari Umno tepi jalan.
  5. Kerajaan tempatan perlu kaji semula kelulusan Double Tracking Gamuda.
  6. Pegawai Kerajaan Negeri ‘boikot’ lawatan TPM.
Jawapan politik sebegini rakyat telah muak mendengarnya.

Hakikatnya banjir di Kedah sepatutnya tidak berlaku seteruk ini. Masalah penempatan, perhubungan terputus, cara menangani dan membentuk jawatankuasa tindakan banjir adalah lambat.

Pihak JPS dan MADA telah memaklumkan kepada kerajaan negeri 6 jam awal berkenaan kenaikan air sungai naik mendadak. Menurut lapuran, tahap hujan yang turun selama dua hari di Kedah meyamai satu tahun hujan yang turun. Paras air sungai di Kuala Nerang berada pada paras bahaya 3 meter mencecah 8 meter. Amaran telah diberi tetapi kerajaan negeri buat acuh tak acuh sahaja.

Hujan bermula di Padang Terap, melimpah di Padang Terap dan mengalir ke Daerah Pokok Sena, ke Dehrang dari situ turun ke Wang Tepus, Changlon, Jitra, ke Sungai Tajar dan terus ke Sungai Haji Deris. Air memenuhi kawasan rendah di Jitra dan mengalir ke kawasan sebelah barat memenuhi Kubang Pasu, Pulau Kerengga, Pulau Timbul dan kawasan Tunjang, Megat Dewa dan kawasan sekitar Gunung. Masalah perjalanan air diganggu oleh landasan keretapi double tracking kurang pasti pula seperti apa yang diperkatakan oleh kerajaan negeri. 

Landasan keretapi yang sedang dibina sepatutnya ada saluran yang lebih besar. Tapi saluran itu bilangan sikit dan kecil. Maka air lambat keluar memakan masa. Itulah sebabnya berlaku banjir di tempat-tempat yang tak pernah banjir rumah saya telah tenggelam kali ini. Sepatutnya MB dapat membuat penjelasan, bukannya mencari kesalahan. Projek landasan keretapi double tracking adalah projek jangkamasa panjang demi kemudahan rakyat. Yang penting adalah pemantauan. 

Ataupun kerana semenjak 1985 air tidak pernah naik ke dalam rumah beliau sedalam empat kaki membuatkan MB mengamok...

Mari Mengaji...

Listen to Quran