PAS...PIS...PUSsssss...

Thursday, November 18, 2010

PAS Kata Haram Menyokong BN.

Haish....! Senang-senang je nak haramkan.....? Ikhlas ke tidak beri bantuan selama ini.....?

Kenyataan tersebut telah dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang.

Dan lagi, katanya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.

Macamana boleh cakap Barisan Alternatif ini adil.....? Menurutnya lagi, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Berikut di bawah adalah petikan kenyataan tersebut:

“Bantuan yang diberikan kepada rakyat pada hari ini datangnya daripada sebuah kerajaan yang adil. Jika bantuan diberikan, maka adalah wajar rakyat menyokong kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya umum nanti. “Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO.

Antara yang hadir semasa majlis tersebut adalah Menteri Besar Selangor sendiri iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Yang kami persoalkan di sini, kenyataan tersebut seolah-olah mengugut. Kalau benar berpaksikan Islam sebenar, ianya sepatut menjadi pemberian yang ikhlas.

Tidak perlulah sampai keluar macamtu. Dulu pernah isu pasal kafirkan UMNO sebab bersekongkol dengan Parti MIC dan MCA. Ni PAS bersekongkol dengan DAP, taraf apa pulak.....? Tahalluf Siyasi.....? Tak kafir pulak.....? Dengan terang-terang DAP menolak penubuhan Negara Islam?

Kami sememangnya langsung tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Kenapa lah politik sekarang selalu menggunakan agama untuk kepentingan sendiri.....? Kalau benar ingin mengeakkan syiar Islam, kami 100% menyokong. Tapi kalau dah sampai berulang-kali keluar kenyataan macam ini, rasa-rasanya, anda juga boleh berfikir apakah benar PAS ikhlas dalam memberikan sumbangan.....?

Kalau UMNO bagi bantuan, ianya dikatakan rasuah. Kalau bagi bantuan, mereka kata sedekah. Kami harap tolonglah, jangan dipolitikkan agama. Kalau nak bagi bantuan, bagi secara ikhlas. Tak perlu nak ugut sedemikian rupa.

No comments:

Post a Comment

Mari Mengaji...

Listen to Quran